Asas penggunaan :
1 ) cuci muka dengan sabun 2 kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur)
2) gunakan krim malam pada malam hari
3) gunakan krim siang pada siang hari
Krim pekat dan agak melekit. Di awal penggunaan, sila sapu
pada wajah yang tidak dilap kering atau basahkan jari dengan
sedikit air agar sapuan lebih mudah dan licin. Ia biasanya di alami
oleh mereka yang berkulit kusam, kering atau berjerawat. Bagi
mereka yang sudah memiliki kulit wajah licin bersih, sapuan Cara
krim sangat mudah. Cukup dengan calitan nipis sahaja sudah memadai.
Produk Sf Beauty tidak mengandungi hidroquinon yang menipiskan
kulit muka, merah/memeritkan kulit muka namun tidak
disarankan pada mereka yang memiliki kulit sangat sensitif dan alah
pada bahan kosmetik. Ia membersih dan merawat secara lembut
dan semulajadi.
Kebanyakan pengguna yang memiliki kulit kusam dan kurang penjagaan
wajah sebelum ini akan mendapati kulit mereka mengalami sedikit penggelupasan halus
pada minggu 1-2. Ini disebabkan lapisan sel2 kulit mati
di permukaan kulit tertanggal, proses penggantian sel2 baru berlaku bagi
menghasilkan kulit yang lebih bersih, cerah dan licin sekata
Jika di awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan
krim malam untuk beberapa hari tetapi rutin pemakaian sabun pembersih
dan krim siang usah diabaikan. Selepas kulit pulih baru gunakan semula
krim malam seperti biasa.
Antara kesan awal yang lain ialah rasa gatal gatal di tempat yang
bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan untuk beberapa hari sahaja.
Kemudian keadaan kulit kembali normal, terasa segar, lembab semulajadi,
halus dan anjal secara beransur-ansur.
.
No comments:
Post a Comment